Experience is the best teacher!



Konnichiwa, minna!~ Kembali meroyan di blog. Aku pun tak tahu apelah yang best sangat membebel ni. But for me. Menaip dan berangan macam Lisa Surihani dalam Istanbul Aku Datang tu memang best. Hahahahaha dream on! So malam ni aku nak cakap pasal experience. Of courselah, it's all about my school life in 2015. Haaa, inilah yang dinamakan sesi throwback atau orang terengganu cakap.... tohok balik. 

Alright. Banyak sebenarnya kenangan pahit masa 2015 ni buat aku. Tapi takdelah sepahit hempedu. Masih ada sisa madu untuk memaniskan kenangan terbabit. First yang paling pergh pergh pergh. CAMPING. Hahahaha people might laugh at me cause I said it was camping. To be honest I tried and tried to love it but I can't. Since aku ni memang cerewet, mengada sikit and passive. So bila terkenangkan camping mesti terbayang jungle trekking and benda benda lasak. Hidup berdikari dalam khemah memang aku fail. Tapi kat rumah berdikari okay je hahahaha cis! Actually nama aku memang tak tersenarai pun dalam list peserta khemah. Then one of my friends ade urgent ape entah. So cikgu pun pujuklah aku masuk jugak. Adelah lebih 10 kali aku cakap tak nak but I have to. Bagi alasan nak SPM pun tetap fail. Payah jugak nak bodek hati manusia... hehe~ Bukan apa, agak malu sikit lah kalau tolak pujukan cikgu tu. Sebab cikgu ni yang suggest nama aku jadi president PBSM. Takkanlah president tak masuk khemah? So mengenangkan tanggungjawab yang besar yang digalas ni... nak didik adik adik PBSM semua (kahkahkah)... aku pun sign up jadi peserta. To tell you again, hanya dua orang je budak form 5 yang masuk camping PBSM. Nak menangis bukan?

PAU PAU PAU Fuh! Hari hari yang sangat pergh... mencabar gila gila! Maklumlah, masa camping darjah 4 pun terpaksa balik pukul 12 malam... acah acah batuk sikit. Pura pura lah nak demam apa semua. Hahahaha so aku camping time tu separuh jalan je. So masa tahun ni... aku ingat aku tak mampu nak teruskan camping sampai habis. Life dalam khemah yang panas tu ibarat langit dengan bumi dengan rumah. Haa camtulah. Masalah satu lagi, cerewet makan. Lepas tu lapar sampai pening kepala. Kehkehkeh. Untunglah cikgu PBSM baik hati, malam tu kami party Domino Pizza senyap senyap. Syukur! Nikmat Allah bagi! Malam orientering tu....... aku yang lead mereka semua. Agak sedih jugaklah sebab aku tak pernah lead pasukan besar. Nasib baik time tu ada adik adik kecik yang blur blur jugak lah. Hah terima kasih adik adik semua! 


Ni khemah untuk beg-beg. Mohon jangan tengok tempat letak kasut. 

Tapi malam orientering tu best part lah time camping. Aku enjoylah benda benda ni. Kecuali part kena lari ke checkpoint seterusnya. SORRY STAMINA LOW! Alrigh then bla bla bla bla bla.... sampailah part perbarisan. Pergh ni satu lagi part mencabar. Malas nak cerita tetapi masa ni muncul si leader yang manja. Huh! Im truly sorry guys. Im not good leader. Newbie ok newbie xD So. The best part is bila hari last. Memang tak sangka aku boleh habiskan camping ni. Pagi tu. Sebelum subuh dah pack barang then balik. Balik sebelum subuh ok jangan main main uolls. Banyak lagi part lain tapi aku dah tak berapa ingat. Tapi at least. I did it. So relationship dengan budak budak kecik tu terjalin lah sikit sikit. Part makan tu agak kritikal sikit. Diorang ingat aku diet. And terpaksalah mengaku diet walaupun tak diet. Budak macam aku. Pergi camping. Maybe some of you will laugh bout this. But Im not joking. It's hard for me! Tapi aku dah ada pengalaman. Cukuplah tu. Kau pernah camping? Aku bolehlah jawab, pernah!~ 

Banyak aku belajar daripada camping tu. Tapi aku tak pasti apekah dia. Itu benda tersirat. Biarlah dia terkubur begitu sahaja. Tapi yang pasti. Memang ada. Contohnya, aku semakin benci kepada camping. Haaaa......... terima kasih kepada cikgu yang lantik saya jadi president dan manusia yang menyokong. Hahahahahahahaha semoga tahun depan ada yang lebih berwibawa ya? Bertanggungjawablah anda iaitu dengan cara masuk camping jugak. Okay sekian! 






Thanks for reading! :D

Info tentang Bidang Farmasi



Assalamualaikum readers! Alang-alang tak busy sangat malam ni, so I decided nak bagi sedikit info mengenai bidang farmasi. Takdelah tahu dengan mendalam sangat sebab baru je research sikit. Ini pun aku main copy paste dari Encik Google jugak. Apa salahnya share ilmu sikit kan? Sedekah jariah gitu~

BIDANG FARMASI TU APA?
Based on pemerhatian akulah, memang agak ramai yang minat dan ingin masuk bidang ni. Of courselah kan? Dengar pun best je! Pasal ubat-ubatan, cara buat, kadar untuk pesakit and so on lah! Fuh... aku pun tak sure sangatlah sekarang ni makin susah atau tak... tapi kalau tak silap dengarlah... kalau boleh kena score 3.9 and above lah.... haaaaaa...... Inilah dia. Bidang yang kedua susah selepas medic. Alahai semua impian kena ada effort, tak ke gitu sahabat sekalian? *dah lari drpd topik*

BELAJAR APA DALAM BIDANG NI?
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Okay inilah kerja copy paste. Credit to : ayobhussin.com 

AHLI FARMASI KERJA DEKAT MANA?

-HOSPITAL KERAJAAN / HOSPITAL SWASTA-
Yang ni tempat famouslah untuk pharmacist. Biasanya pharmacist akan sediakan ubat, kenalpasti sejarah pesakit, berapa dos yang diperlukan untuk setiap penyakit, buat lawatan dengan doktor dan ada sesi ber'dating' dengan doktor untuk berbincang mengenai rawatan pesakit dan perkara sewaktu dengannya. Ada juga terbaca, pharmacist dan doctor saling memerlukan lah... haaa sweet tak? Ohohoho~

-UNIVERSITI-
Ada probability di sini sama ada jadi lecturer atau terlibat dalam penyelidikan. Kiranya tolong tolong student bidang farmasi lah... nanti kalau ambik bidang ni, confirm jumpa mereka semua ni! Ada jugak yang cakap kerja di uni kena buat kertas kerja dan buku ilmiah tu sendiri. Haa menarik jugak kan? :D

-DI FARMASI SENDIRI-
Hah! Yang ni lebih kepada bisnes sendiri. Uish yang ni untung banyak. Maklumlah dah bukak farmasi sendiri. Tapi yang ni kena berani tanggunglah. Berat jugak kan tanggung farmasi sendiri... tapi keshing keshing...... duit masyukkk~ $$$$$

Sebenarnya ada banyak lagi, korang boleh search lagi dan teruskan search ya? :D Yang top 3 ni aku listkan sebab agak menarik bagi aku... mungkin juga bagi korang. Apapun kerja kerja jugak jangan lupa tanggungjawab lain! (ke situ pulak)

BIDANG FARMASI DIIKTIRAF DI MANA?
Lembaga Farmasi Malaysia yang cakap ni.....

IPTA 
Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UiTM dan UIAM.
Kawasan mana mereka duduk ni? Ha teruskan mengoogle! Usaha kena ada! Berusahalah kawan kawan!~ 

IPTS 
IMU, AIMST, UCSI, CUCMS, MSU, MUSC, AMU
Apodio ni bagi short form je!! Hehehehehehe boleh cek di google. Indeed, google dah jadi keperluan untuk anda anda semua termasuk aku. 

SYARAT KEMASUKAN IJAZAH FARMASI?
JANGAN PERCAYA SANGAT SYARAT MINIMUN APA BENDA TU. INDAH KHABAR DARI RUPA JE... NAH AKU BAGI TUNJUK RUPA SEBENARNYA HASIL PENCARIAN DAN USAHA COPY PASTE!

Utk kemasukan UM = cgpa 4.00 matrik/asasi, pelajar lepasan diploma tidak dibenarkan memohon

Utk kemasukan USM = cgpa 3.80 ke atas dgn MUET Band 4 jika dari diploma
Utk kemasukan UiTM = cgpa 3.88 ke atas
Tempoh pengajian ijazah farmasi ialah 4 tahun.
Okay, itu sajalah sedikit sebanyak info yang boleh kongsi. Maaflah andai ada salah dan silap. Aku pun baru nak berjinak-jinak. Acah acah macam dah jadi ahli farmasi sikit. Jadi for those yang nak masuk bidang ni... high five! Sebab aku pun adalah sedikit minat dekat dia ni. Teruskan research mengenai bidang ini ya awak semua! Next time aku buat entry pasal chemical engineering pulak... eh? Ye ke? InshaAllah........ Assalamualaikum.


P/S : Sebarang pertanyaan adalah dilarang sama sekali kerana aku bukan dah masuk u.... I budak tunggu result SPM saja maaaa.... ayoyoyoyo~ Love, budaklepasanSPM kehkehkeh!

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html  


Thanks for reading! :D

Describing



Assalamualaikum! It's been awhile. I'm back with my new status... LEPASAN SPM! So I have plenty of time to be wasted. Part of me enjoy it. Ada yang tak. Maybe I will feel lifeless. Macam sekaranglah. Tetiba balik kepada blog. Walaupun tak ramai dah yang berblogging. Yang lagi aneh, followers berkurang hahahahaha. 
*       *       *
2015! Dah nak habis kau rupanya. December is my favourite month so hopefully it will be okay. Jadi sebab kau dah nak habis, aku nak simpulkan pasal tahun ni. Takdelah nak simpul sangat, ala ala simpul tali untuk helaian tambahan je! Heeehhh! Harap harap lactic acid tak accumulate sebab nak bebel panjang ni. 

So, firstly 2015. Tahun SPM. Of course banyak hadap buku je lah. Mostly I spent my time with books, homework, BKs (anak terengganu) dan semua adik beradik buku buku spm. Memanglah stress hidup spm ni kan? Tapi kalau nak capai target, usaha kena ada!~ But honestly aku bukannya selalu siapkan homework. Kerling kerling kawan punya tu benda wajib lah kalau tak buat homework time tu. Hehe ampunkan aku. Bila lagi aku nak buat camtu kalau tak tahu ni gais!
*       *       *
Tak dapat nak nafikan, tahun ni pun banyak konflik. Konflik spm satu, lepas tu konflik kawan (biasalah gais) and konflik dengan hati kecil aku sendiri. Talking about konflik kawan, even though ada konflik cemni, actually im glad and grateful to have this conflict. Sebab semua tu mematangkan aku and teach me to be braver in life. The positive impact about this conflict is..... alhamdulillah kami mampu hadapi sama-sama... masalah itu dan ini, dan juga masalah dengan encik SPM ni. I love you guys. (teary lah sangat kan!)

Konflik dengan hati kecil aku. Aku dah matang, dah besar, dah tinggi (eh). Semua tu berangan. In fact aku masih budak kecik yang kuat merajuk tak tentu hala. Aku tahu. Tapi cukup cukup bersabar orang di sekeliling aku. Aku bila nak berubah hah?!?!?! Konflik dengan hati kecil ni banyak bahagian. Malas nak bebel panjang. Konflik dengan kau lah! Blergh! Pergi jauh jauh shuuh (seraya dalam hati berkata, come baby baby come come baby baby)

Tak nampak macam simpulan bagi tahun 2015 pun kan? 

Life aku dalam zwinky cukup happy dengan adanya si joyah. Joyah or her real name Adriana Joelle. Maaflah tapi terpaksa menyumpah nyumpah zwinky sebab dah delete dia punya acc lama. Apapun aku tetap sayang kau bestie! Nanti, one fine day I nak meet kau in real. Boleh caya tak? Tunggu aku yeh! Btw dalam zwinky pun ada konflik. Haih menyampah betul konflik ni asyik asyik ikut aku. Memang konflik suka datang dekat orang comel macam ni ka?

Hmmm, ni jelah nak bebel. Hope you guys are doing well. Candy Jelly Love! Sayonara, <3


Thanks for reading! :D

 
Copyright © 2016 NAZIRA HAZWANI - All Rights Reserved