Info tentang Bidang Farmasi



Assalamualaikum readers! Alang-alang tak busy sangat malam ni, so I decided nak bagi sedikit info mengenai bidang farmasi. Takdelah tahu dengan mendalam sangat sebab baru je research sikit. Ini pun aku main copy paste dari Encik Google jugak. Apa salahnya share ilmu sikit kan? Sedekah jariah gitu~

BIDANG FARMASI TU APA?
Based on pemerhatian akulah, memang agak ramai yang minat dan ingin masuk bidang ni. Of courselah kan? Dengar pun best je! Pasal ubat-ubatan, cara buat, kadar untuk pesakit and so on lah! Fuh... aku pun tak sure sangatlah sekarang ni makin susah atau tak... tapi kalau tak silap dengarlah... kalau boleh kena score 3.9 and above lah.... haaaaaa...... Inilah dia. Bidang yang kedua susah selepas medic. Alahai semua impian kena ada effort, tak ke gitu sahabat sekalian? *dah lari drpd topik*

BELAJAR APA DALAM BIDANG NI?
Kebiasaanya bidang ini mempunyai target sukatan yang bercirikan seperti dibawah :
  • Fisiologi, iaitu cara badan berfungsi untuk asas memahami tindakan dan kegunaan ubat yang diambil
  • Kimia Farmaseutik, peranan prinsip-prinsip kimia bagi mengkaji ubat-ubatan, sifat-sifat fizikokimianya dan perhubungan struktur dengan aktiviti biologi ubat, dan kaedah-kaedah analisis bagi mengawal dan mengenalpasti mutu ubat.
  • Teknologi Farmaseutik, belajar cara memfomulasi dan menyediakan ubat dalam bentuk dos, rekabentuk dos baru, kaedah-kaedah perusahaan farmasi, pengawalan mutu, pengawalan mikrobiologi, serta aspek-aspek biofarmasi dan farmakokinetik untuk kegunaan pengguna.
  • Farmasi sosial dan pentadbiran, belajar aspek-aspek farmasi sosial, pentadbiran, pengurusan seperti ekonomi, tingkahlaku dan dasar ubat ubatan.
  • Farmakologi, ia lebih melibatkan penggunaan ubatan dalam rawatan termasuk cara penyerapan, taburan, metabolisme, ekskresi drug, mekanisme tindakan, kegunaan serta kesan sampingan.
  • Farmasi klinikal, belajar kaedah memilih ubat untuk merawat dan mencegah penyakit-penyakit tertentu.
Okay inilah kerja copy paste. Credit to : ayobhussin.com 

AHLI FARMASI KERJA DEKAT MANA?

-HOSPITAL KERAJAAN / HOSPITAL SWASTA-
Yang ni tempat famouslah untuk pharmacist. Biasanya pharmacist akan sediakan ubat, kenalpasti sejarah pesakit, berapa dos yang diperlukan untuk setiap penyakit, buat lawatan dengan doktor dan ada sesi ber'dating' dengan doktor untuk berbincang mengenai rawatan pesakit dan perkara sewaktu dengannya. Ada juga terbaca, pharmacist dan doctor saling memerlukan lah... haaa sweet tak? Ohohoho~

-UNIVERSITI-
Ada probability di sini sama ada jadi lecturer atau terlibat dalam penyelidikan. Kiranya tolong tolong student bidang farmasi lah... nanti kalau ambik bidang ni, confirm jumpa mereka semua ni! Ada jugak yang cakap kerja di uni kena buat kertas kerja dan buku ilmiah tu sendiri. Haa menarik jugak kan? :D

-DI FARMASI SENDIRI-
Hah! Yang ni lebih kepada bisnes sendiri. Uish yang ni untung banyak. Maklumlah dah bukak farmasi sendiri. Tapi yang ni kena berani tanggunglah. Berat jugak kan tanggung farmasi sendiri... tapi keshing keshing...... duit masyukkk~ $$$$$

Sebenarnya ada banyak lagi, korang boleh search lagi dan teruskan search ya? :D Yang top 3 ni aku listkan sebab agak menarik bagi aku... mungkin juga bagi korang. Apapun kerja kerja jugak jangan lupa tanggungjawab lain! (ke situ pulak)

BIDANG FARMASI DIIKTIRAF DI MANA?
Lembaga Farmasi Malaysia yang cakap ni.....

IPTA 
Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UiTM dan UIAM.
Kawasan mana mereka duduk ni? Ha teruskan mengoogle! Usaha kena ada! Berusahalah kawan kawan!~ 

IPTS 
IMU, AIMST, UCSI, CUCMS, MSU, MUSC, AMU
Apodio ni bagi short form je!! Hehehehehehe boleh cek di google. Indeed, google dah jadi keperluan untuk anda anda semua termasuk aku. 

SYARAT KEMASUKAN IJAZAH FARMASI?
JANGAN PERCAYA SANGAT SYARAT MINIMUN APA BENDA TU. INDAH KHABAR DARI RUPA JE... NAH AKU BAGI TUNJUK RUPA SEBENARNYA HASIL PENCARIAN DAN USAHA COPY PASTE!

Utk kemasukan UM = cgpa 4.00 matrik/asasi, pelajar lepasan diploma tidak dibenarkan memohon

Utk kemasukan USM = cgpa 3.80 ke atas dgn MUET Band 4 jika dari diploma
Utk kemasukan UiTM = cgpa 3.88 ke atas
Tempoh pengajian ijazah farmasi ialah 4 tahun.
Okay, itu sajalah sedikit sebanyak info yang boleh kongsi. Maaflah andai ada salah dan silap. Aku pun baru nak berjinak-jinak. Acah acah macam dah jadi ahli farmasi sikit. Jadi for those yang nak masuk bidang ni... high five! Sebab aku pun adalah sedikit minat dekat dia ni. Teruskan research mengenai bidang ini ya awak semua! Next time aku buat entry pasal chemical engineering pulak... eh? Ye ke? InshaAllah........ Assalamualaikum.


P/S : Sebarang pertanyaan adalah dilarang sama sekali kerana aku bukan dah masuk u.... I budak tunggu result SPM saja maaaa.... ayoyoyoyo~ Love, budaklepasanSPM kehkehkeh!

http://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html  


Thanks for reading! :D

1 comment:

Anonymous said...

Thanks akak sbb bagi pencerahan ������ sy pun minat jugak dgn bidang pharmacy ni! And cepat buat entry pasal che eng ye. Tak sabar nk bace . *tunafairy*

 
Copyright © 2016 NAZIRA HAZWANI - All Rights Reserved